... Maha Raja Lawak ...

Sebenarnya Maha Raja Lawak (MRL) dah pun masuk minggu ke-3.. Tapi aku saje je nak cite-cite tentang MRL melalui kaca mata aku.. Untuk minggu 1 dan 2 aku tgk melalui siaran astro prima je.. igtkan malas nak langgan Warna.. Tapi last2 terjebak jua... huhuhu

Bagi aku untuk minggu ketiga ni aku kata terbaik adalah Nabil.. Idea dia guna lalat utk jd piano tu mmg super.. hahaha.. pastu kedua aku bg kt Sepah.. Dari lagu Hotel California, pegi ke lagu Pada Syurga di Wajahmu (ni part paling pecah perut aku.. hahahaha) dan last lagu SM Salim kot.. ni lagi 1, memang kelakar tak hengat.. hahaha.. ketiga pulak aku taruk Jozan laa.. dia kita mmg tau tiap-tiap minggu tak penah tak kelakar.. hahaha..

Overall aku rasa Nabil still the best.. bak kata Apek, Nabil peserta individu.. Sepah dan Jozan berkumpulan.. Tapi setakat ni mmg undian penonton memihak kepada Jozan la kan.. Aura kemenangan Zizan dan populariti Johan melalui filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang menjadikan Jozan mempunyai ramai pengundi tegar mereka..

Apapun perjalanan masih jauh untuk MRL.. keputusan MRL adalah berdasarkan 50% undian SMS dan 50% markah daripada juri.. aku sebut 3 je peserta yg pada aku mmg setiap minggu tak mengecewakan.. peserta lain yang ada harapan seperti Jambu, Man, Balas, Jihan, Alex dan Amir yg masih bertanding untuk merebut hadiah RM300,000.. woohooo..

Pada minggi juga ade 3 penyingkiran 2 penyingkiran sebelum bermula pentas MRL iaitu WAI( mmg dr awal aku tak paham lawak dia), XN3 dan R2.. aku rase R2 da kering idea pasal bahan lawak hanya kat sorang je.. huhu

Ni peserta top 3 pilihan aku:

Nabil


Sepah


Jozan

0 k0mplen:

Counter

Borak


Free chat widget @ ShoutMix

Followers